Jika Allah menghendaki, maka apapun bisa terjadi. Setelah sekian lama menanti kehadiran si buah hati yang tak kunjung datang, keluarga ini kemudian mengangkat anak angkat. Lima tahun kemudian, keluarga dari malaysia ini (terlihat dari bahasa dan gaya bicaranya) kemudian dikaruniai 3 anak kembar sekaligus. Subhanallah. Berikut tulisannya.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, seakan sudah menjadi perkara biasa apabila sering diajukan soalan berkaitan zuriat. Tidak dinafikan ada sesetengah individu berasa tidak selesa apabila sering ditanyakan soalan sensitif sebegitu. Iyalah, janggal rasanya bila sudah lama berkahwin tapi belum ada tanda-tanda nak ada anak.
Pelbagai kata-kata sinis dilemparkan kerana gagal hamil, setelah 5 tahun menunggu wanita ini akhirnya disahkan hamil. Kembar 3 pula tu! Betullah orang kata, rezeki mungkin tidak cepat tetapi datang pada waktu yang tepat.
5 tahun menanti, usaha tidak pernah henti
REZEKI , MUNGKIN TIDAK CEPAT TAPI WAKTU YANG TEPAT.
Kita merancang tapi ALLAH sebaik-baiknya pemberi.. 2017 pembukaan baru bagiku untuk ku kongsikan kisah 3 kembarku.. ISLAM, IMAN & IHSAN ( nama ni sempena mengingati seorang guru yang sangat penyayang sangt rendah hati mengajarku tentang TAUHID… ESQ )
Alhamdulillah.. sebenarnyer lama dah nak berkongsi berita gembira ni, ada yang dah tahu dan ader yang belum or samar2… kini mereka sudah berusia 4 bulan.. gambar ini antara gambar yang terawal yang masih dapat kita lihat lagi 3 kantung berisi rezeki ALLAH padaku..
5 tahun penantian penuh kesabaran, sebelum kahwin & selepas kahwin ujian demi ujian aku lalui , kata -kata sinis sana sini ku dengarkan.. pada perniagaan, rumahtangga dan masalah zuriat, tapi kesabaran ku ALLAH berikan pada waktu yang tepat… dan dia sebaik-baik pemberi.. Walaupun lambat doaku makbul tapi diberikan waktu yang tepat dengan bilangan subhanallah, 3 sekali…
USAHA tidak pernah henti, 3 orang doctor ku jumper, kebanyakkannya suh aku kurus , hehhe, maklumlah sejak kahwin badan mula berisi sangt.. ( tp tetap comel.. hahah ) … berurut usah cakp pantang orang kata sana sini bagus, set appoitment nak jumper… dukun & bomoh ( bukan sengaja tau , tak tahu sampai terjebak.. kalo teringat kembali kisah ni aku siap elak2.. cukuplah pertemuan pertama.. ) Berubat sana sini dengan ustaz-ustaz… mcm2 air dan ubat dah ku telan.. IUI pun pernah buat… sampai nak tebuk… seram dengar.. usaha tidak henti.. sehinggalah 2016 aku jejakkan kaki ke tanah suci..
‘Kalau tak ada rezeki awak kahwinlah dengan orang lain’
Alhamdulillah, REZEKI AKU mendapatkan MIKA MALAIKA, seorang anak yang sangt luarbiasa baik, bijak, pandai ambil hati, seorang anak yang bagiku ALLAH bagi utk mengubat lukaku, sebb memang aku yang bermasalah bukan suamiku.. siap cakp ngan suami.. sebelum mika lahir, kalo takder rezeki awk kahwin lah dengan orang lain… sedih nak luahkan.. tapi dier juga manusia biasa.. tapi kesabaran dan ketabahanya bersamaku ku puji.. tak mengambil kesempatan sikitpun pada kata-kataku yg terlafaz.. terima kasih suamiku Reduan Syah Putra.
Allah berikan anak yang sepatutnya tidak lahir dimuka bumi ini kerana ibunya mahu membuangnya.. aku menyambut kelahiran mika sendiri di bilik bersalin, aku lihat bagaimana anak ni keluar dengan darah, tangan ibunya ku pegang kuat, aku tekad menjaga mika sebaiknya, aku tatang mika bagai minyak yang penuh.. dier anak ku.. kelahirannya pada bulan 2, dan dexandra lahir pada bulan 3, REZEKI ALLAH BERI tidak pernah putus selepas itu.. YA ALLAH..
Setiap kali adikku -adikku kata mereka mengandung, aku tak terlepas dari bersedih, tidak lama. Tetapi air mata tetap keluar.. seorang diri seharian.. pelbagai alasan ku berikan tapi mereka tahu aku bersedih.. hehe.. emosi kan?!! aku juga ada perasaan tau.. bagaimana aku hilangkan kesedihanku ? , seperti biasa bzkan diri dengan urusan perniagaanku.. Selalu cakap seorang diri ” erna perlu tabah… cekal.. ALLAH ADA.. ”
Kini segala hikmah terbentang.. bila ALLAH nak bagi dier akan berikan.. kun fa ya kun.. akhirnya khabar ini ku terima selepas perjumpaan ku setiap minggu dengan DR THOKHA di johor, setiap minggu ulang alik.. jb -kl.. dan usaha dan doa akhirnya ALLAH MAKBULKAN.. aku tahu.. bukan sahaja doaku malah disebabkan doa mama ayah, adik-adik, sahabat andai, dan anak-anak tahfiz & yatim yang banyak mendoakan sehingga terlorongnya rezeki ini . ALLAH.. tak terucap kata-kata
‘Bila doktor scan, ya ALLAH 3 kantung buatku’
Sumber: asamgaram.net